HomeEntertainment Teringin Pakai Tudung, Kawan Non-Muslim Berhijab Pergi Kelas Ini Raih Pujian...

[VIDEO] Teringin Pakai Tudung, Kawan Non-Muslim Berhijab Pergi Kelas Ini Raih Pujian Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, hanya Muslim saja yang akan memakai hijab untuk menutup aurat mereka

Kadangkala perkara itu membuatkan rakan-rakan bukan Islam kita tertanya-tanya tentang style tudung dan macam mana nak membelitnya supaya menjadi kemas dan cantik. Ada segelintir daripada mereka juga teringin nak mencuba.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis Non-Muslim dilihat mengenakan hijab ke kelas kuliah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dkxlzkg

neomu kiyowo

original sound – Waffi – Waffi

Nampak cantik dan comel masa dia pakai tudung

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang bersiap untuk pergi ke kelas di sebuah universiti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis bukan Islam mengenakan tudung semasa hendak pergi ke kelas.

Perkara itu mengundang reaksi rakan-rakan mereka. Ternyata, dia kelihatan sangat comel dan ayu. Dia dilihat tersipu malu semasa rakan-rakan merakamnya.

Image via @dkxlzkg (TikTok)

“Ada bff dulu, sampai Maulidur Rasul pun dia ikut sekali, sanggup pinjam baju dengan tudung. Alhamdulillah, dia masuk Islam dah lama” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 414K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @dkxlzkg (TikTok)

Image via @dkxlzkg (TikTok)

Image via @dkxlzkg (TikTok)

Comel je tengok diorang nak cuba pakai tudung 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News