HomeEntertainment Tengah Photoshoot Ootd Dengan Pengantin, Sekali Datang Pula Auntie Ini Ajak...

[VIDEO] Tengah Photoshoot Ootd Dengan Pengantin, Sekali Datang Pula Auntie Ini Ajak Menari

Cover image via
@the.umys (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Reaksi spontan ini selalunya menghiburkan tambahan lagi jika dapat orang yang juga ‘masuk air’. Kadang kurang rasa malu dekat tempat awam.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita dengan spontan menari selepas di ajak oleh seorang auntie berbangsa India yang tidak dikenalinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, ketika itu kelihatan seorang pengantin dan rakannya sedang berada di sebuah dataran untuk mengambil gambar photoshoot kahwinnya.

Namun, tidak lama selepas itu muncul seorang auntie yang secara spontan datang kepada mereka dan ajak untuk menari bersama.

Situasi itu membuatkan rakan pengantin melayannya dan menari bersamanya sambil diperhatikan oleh pengantin yang terhibur melihat mereka.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan mereka itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 337K views, 31.5K likes dan 558 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News