Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penampakan hidupan liar yang berkeliaran di tempat awam sering berpunca akibat habitat mereka diganggu
Sejak awal tahun ini, sudah banyak berita berkenaan penampakan hidupan liar yang berkeliaran di kawasan tumpuan manusia disebabkan habitat asal mereka diceroboh.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkaitan penampakan seekor khinzir hutan berhampiran jalan raya di Cyberjaya timbul tanda tanya warganet.
Lihat video penuh di bawah:
@afilsyazwan Takyah pergi zoo. Boleh tengok kat traffic light je. Hahaha. #babi #cyberjaya original sound – Afil
Haiwan itu dilihat ketakutan dan cuba melarikan diri
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @afilsyazwan di TikTok, pemilik akaun tersebut berjaya merakam seekor khinzir hutan yang dilihat bersendiri berdekatan jalan raya.
Lebih menjadi perhatian, gelagat haiwan tersebut dilihat tidak tentu hala dan berusaha untuk melarikan diri daripada menjadi tumpuan orang ramai.
Rata-rata netizen turut berkongsi pendapat dan bersetuju bahawa haiwan itu sedang sesat.
Image via @afilsyazwan (TikTok)
Image via @afilsyazwan (TikTok)
Image via @afilsyazwan (TikTok)
“Dia keluar dari hutan depan Serin Residency, kasihan sampai sekarang masih sesat” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 183.1K tontonan, 4189 tanda suka serta 575 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut berdukacita dengan nasib khinzir hutan yang sesat itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @afilsyazwan (TikTok)
Image via @afilsyazwan (TikTok)
Image via @afilsyazwan (TikTok)
Semoga dia dapat kembali ke habitat asalnya :’)
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik