HomeEntertainment Takut Kena Kejar Monyet, Adik Ini Sampai Peluk Kaki Wartawan Yang...

[VIDEO] Takut Kena Kejar Monyet, Adik Ini Sampai Peluk Kaki Wartawan Yang Tengah Live

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkerja sebagai seorang wartawan bukanlah satu perkara yang mudah

Mereka perlu berdepan pelbagai cabaran, terutamanya bagi wartawan lokasi kerana mereka perlu menyampaikan berita itu secara langsung walau apa jua.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang wartawan terkejut selepas seorang budak lelaki datang memeluk kakinya ketika sedang bersiaran langsung telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

@fareezazmann #MalaysiaMemilih Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kesian adik sorang ni kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo… kesian dia. #PRU15 #Telukcempedak Funny Song – Cavendish Music

Panik sebab monyet kejar, terus peluk kaki wartawan yang tengah live

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu seorang wartawan sedang bersiaran langsung bagi menyampai berita mengenai Pilihan Raya Umum.

Namun, tiba-tiba datang seorang budak lelaki memeluk kakinya membuatkan dia terkejut. Rupa-rupanya, budak itu datang untuk meminta bantuan kepadanya selepas seekor monyet didapati mengejar budak berkenaan.

Malah, situasi itu membuatkan dia sendiri tidak menyangka dan tergelak melihatnya. Budak itu akhirnya berlari kembali ke arah ibunya selepas monyet itu beredar.

Image via @fareezazmann (TikTok)

“Sekali gus abang adalah hero untuk adik tu pada hari tu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji tindakan wartawan itu yang rileks menenangkannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 145.9K likes dan 2,886 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @fareezazmann (TikTok)

Image via @fareezazmann (TikTok)

Image via @fareezazmann (TikTok)

Image via @fareezazmann (TikTok)

Image via @fareezazmann (TikTok)

Power bang, kalau kita agaknya dah lari sekali tu 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News