HomeEntertainment Tak Sempat Membaca, Gadis Terbeli Earphone Panjang Sampai 5 Meter Ini...

[VIDEO] Tak Sempat Membaca, Gadis Terbeli Earphone Panjang Sampai 5 Meter Ini Bikin Dekah

Cover image via
@juiceeee.eeee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, earphone akan selalu digunakan pelajar untuk mendengar lagu ketika study atau membuat assignment.

Kini, selari dengan perkembangan teknologi, telah muncul pelbagai jenis wireless earphone. Walaupun begitu, rata-rata pelajar dilihat masih selesa menggunakan earphone jenislama.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis terbeli earphone yang panjangnya 5 meter telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @juiceeee.eeee, kelihatan seorang gadis sedang menunjukkan kotak earphone 5 meter yang dibelinya.

Kemudian dia menunjukkan betapa panjangnya 5 meter tersebut. Memang panjang betul, dari pintu sehingga ke hujung bilik tali earphone tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut agak rushing semasa membeli earphone tersebut sehingga dia tidak perasan 5 meter yang ditulis di kotaknya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 132.5K likes serta 1.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat panjang earphone tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News