HomeNEWS “Tak Malunya Anak Mak” - Lelaki Ini Tak Kisah Bawa Bekal...

[VIDEO] “Tak Malunya Anak Mak” – Lelaki Ini Tak Kisah Bawa Bekal Pergi Kerja Sebab…

Bagi mereka yang bekerja, pasti setiap hari tidak sabar menunggu waktu lunch hour dan teringin nak makan macam-macam bukan?

Lebih-lebih lagi kalau tempat kerja kita berdekatan dengan shopping mall yang sudah tentu ada banyak pilihan kedai makan, mesti setiap hari ada saja menu baru yang nak dicuba.

Namun bagi sesetengah orang, mereka lebih memilih untuk bawa bekal ke tempat kerja. Mungkin sudah menjadi kebiasaan masak sendiri atau mereka nak berjimat.

Maklumlah, sekarang ini kos hidup semakin meningkat, tambahan pula dengan pandemik Covid-19. Pasti rasa sayang nak keluarkan duit untuk makan setiap hari.

Tetapi, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki ini, di mana dia digelar ‘anak mak’ kerana setiap hari dia membawa bekal makanan ke tempat kerja.

Lihat video yang dikongsinya di bawah:

@madermn

Siapa setuju masakan mak paling sedap angkat ketiak ‍

original sound – – PACARNYA CITRA

Rimas kerana digelar ‘anak mak’ dan sering disoal kenapa tak lunch dekat luar, lelaki itu hanya memberi jawapan simple

Image via @madermn (TikTok)

Menerusi video berdurasi 15 saat tersebut, lelaki itu dikecam kerana tidak malu jadi ‘anak mak’ dan walaupun dah besar tapi masih bawa bekal pergi kerja.

Di akhir videonya, dia hanya menjawab ‘biarlah yang penting perut kenyang’. Dia juga meletakkan kapsyen di videonya ‘siapa setuju masakan mak paling sedap angkat ketiak’.

“Hello, masakan mak is the best among the best okay. Kedai makan paling mahal pun tak boleh lawan” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mencecah lebih 305,000 views dan 39,000 likes di TikTok. Tidak kurang juga, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati lelaki itu dihujani lebih 1200 komen daripada netizen.

Rata-rata mereka bersetuju dengan kapsyen lelaki itu bahawa masakan mak paling sedap dan tiada tandingannya, walaupun restoran mahal.

Lebih-lebih lagi, ia dapat menjimatkan duit dan boleh bawa makanan banyak mana pun yang kita nak. Tambahan pula, bukan semua orang dapat bawa bekal daripada mak. Jadi, itu juga adalah rezeki ya.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Image via @madermn (TikTok)

Geng bawa bekal dari rumah cepat komen ‘masakan mak is the best!‘ :’)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News