HomeEntertainment Siap Buat Gaya Sama, Lelaki Dikatakan Mirip MK K-Clique Ini Terima...

[VIDEO] Siap Buat Gaya Sama, Lelaki Dikatakan Mirip MK K-Clique Ini Terima Reaksi Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah mendengar peribahasa pelanduk dua serupa kan?

Ia bermaksud dua orang yang seakan-akan sama rupanya, dan benda itu memang ada. Bayangkan kalau kita terjumpa orang yang iras dengan muka kita, pasti rasa teruja dibuatnya.

Ditambah pula, dengan gaya yang sama. Banyak kita boleh lihat hari ini pelanduk dua serupa terutama dalam kalangan artis. Kerana ada saja peminat yang berkongsi wajah sama mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda dikatakan mirip wajah penyanyi dan rapper terkenal MK K-Clique telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@dj_angah14official #peluangkeduanabilarazali #mkkclique #foryoupage original sound – DJ_Angah14OFFICIAL

Muka dah sama, tapi suara pula lari

Menerusi video tersebut, kelihatan pemuda mirip MK K-Clique itu sedang menyanyi lagu bertajuk Peluang Kedua.

Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah suaranya dan cara nyanyiannya yang memang sangat berbeza dengan penyanyi asal.

Bagaimanapun, jika dilihat dari gaya dan penampilannya, memang tidak ubah seperti MK K-Clique.

Lihat video lain di bawah:

@dj_angah14official Replying to @hzmv._ original sound – DJ_Angah14OFFICIAL

MK K-Clique.
Image via Kosmo

“Peluang kedua je last, no more peluang ketiga” – Netizen

Dalam apda itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 52.5K likes dan 14.1K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Image via @dj_angah14official (TikTok)

Lain macam suara dia, betul-betul serak tu 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News