HomeEntertainment "Sebiji Dia Bagi" - Wanita Hilang Mood Makan, Tak Sangka Jumpa...

[VIDEO] “Sebiji Dia Bagi” – Wanita Hilang Mood Makan, Tak Sangka Jumpa Ini Dalam Burger

Cover image via
@azmsiblings (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tak kisahlah burger di tepi jalan mahupun restoran. Semuanya mempunyai rasa tersendiri. Burger tepi jalan pun tidaklah kurang sedapnya, setanding dengan restoran.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita terkejut selepas melihat sesuatu dalam bungkusan burgernya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia sedang membuka burger yang baru dibelinya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia begitu terkejut sebaik saja membuka bungkusan itu.

Dia menunjukkan di bawah daging burger itu terdapat sebiji bawang Holland dalam makanan itu. Keadaan itu membuatkan dia merasa geram dengan penjual burger tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 567K views, 47.9K likes dan 1,476 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News