HomeEntertainment "Rehearsal Sebelum Raya" - Ayah Ajar Anak Pilih Duit Raya RM50...

[VIDEO] “Rehearsal Sebelum Raya” – Ayah Ajar Anak Pilih Duit Raya RM50 Ini Curi Tumpuan

Cover image via
@gp_kage (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, siapa sahaja yang tidak suka duit bukan? Kadangkala duit raya ini boleh dikumpul sehingga ratusan ringgit.

Namun, bagi kanak-kanak yang masih kecil mereka tidak mengerti apa itu wang. Selalunya ibu bapa yang akan lebih excited nak menerima.

Seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang lelaki yang mengajar anaknya memilih duit raya telah meraih tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gp_kage, kelihatan dia sedang mengajar anaknya itu memilih duit raya. Dia memegang duit yang bernilai RM1 dan RM50.

Pada mulanya anaknya itu masih tidak mengerti dan memilih duit yang bernilai RM1. Dia pun terus berpesan kepada anaknya supaya tidak berbuat demikian.

Selepas cubaan kedua, anaknya itu dilihat berjaya memilih duit yang bernilai RM50. “Mantap anak bapak”, kata lelaki tersebut dengan bangga.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi pilih duit raya tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 704.5K views, 52.1K likes dan 559 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News