Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, berbeza pula dengan situasi seekor kucing Oyen ini apabila berjaya menangkap seekor anak tikus dan lain yang terjadi akhirnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cat_dog.story, kelihatan kucing itu baru saja membawa pulang seekor anak tikus buat tuannya.
Namun, hasil tangkapannya bertukar menjadi situasi lucu apabila anak tikus itu terlepas daripada si Oyen gara-gara ia meletakkannya sementara ingin menikmati makanan yang diberi oleh tuannya.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila reaksi spontan Oyen menangis dengan teruk kerana terlepas anak tikus itu. Air matanya dilihat sangat deras seperti betul-betul sedih akan kecuaiannya.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu dan comel si Oyen.
Malah, ada yang meminta tuannya mencari kembali anak tikus itu dan memulangkan kepadanya semula.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


