HomeEntertainment Pemuda Buat Perangkap Dengan Melukis, Reaksi Serangga Ini Pula Jadi...

[VIDEO] Pemuda Buat Perangkap Dengan Melukis, Reaksi Serangga Ini Pula Jadi Perhatian

Cover image via
@isasolihin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala sampai kita sendiri tak perasan yang serangga ini sudah termasuk dalam minuman atau pun makanan. Mesti anda pernah lalui situasi itu kan?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda cuba membuat lukisan untuk perangkap seekor serangga telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@isasolihin

Silap laa lalu time aku tengah menulis

original sound – Isa Solihin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda menunjukkan seekor serangga yang berada di atas kertas miliknya.

Dia kemudian mula melukis seperti penghadang kononnya mahu menghalang serangga itu daripada bergerak ke mana-mana.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah serangga itu tidak melepasi langsung lukisan penghadang tersebut kerana memikirkan ia tidak boleh dilalui dan cuba mencari jalan lain untuk keluar.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama mereka melakukan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 27.8K views, 2,685 likes dan 71 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News