HomeEntertainment Nak Membuang Tak Tenang, Lelaki Ini Terkejut Lepas Buka Pintu Tandas...

[VIDEO] Nak Membuang Tak Tenang, Lelaki Ini Terkejut Lepas Buka Pintu Tandas Stesen Minyak

Cover image via
@abdhakm (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perjalanan yang jauh membuatkan kita sering nak terkucil kerana sejuk duduk di dalam kenderaan. Namun, kadangkala terjadi juga situasi yang memalukan seperti tersalah masuk tandas jantina lain.

Tetapi, berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia diganggu semasa membuang air besar di stesen minyak telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @abdhakm, kelihatan dia ketika itu sedang membuang air besar di sebuah stesen minyak.

Namun, dia merasa kurang selesa kerana pintu tandasnya sering diketuk dari luar. Apa yang lebih mengejutkan adalah sebaik saja dia membuka pintu tandas tersebut, kelihatan ramai warga Bangladesh sudah beratur panjang di luar.

Lebih melucukan lagi, mereka semua siap memandang tidak puas hati kepada lelaki itu kerana mungkin dia membuang terlalu lama di dalam tandas.

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 704.2K views, 61K likes dan 1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara warga Bangladesh tersebut memandang lelaki berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News