HomeEntertainment "Mesti Keyboard Penat" - Alasan Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

[VIDEO] “Mesti Keyboard Penat” – Alasan Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Cover image via
@soofeeyan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita menggunakan telefon pintar untuk mencari maklumat, mengetahui isu-isu semasa, bermain game dan banyak lagi. Ada juga yang menggunakan komputer riba untuk pelbagai tujuan.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang berkongsi perkara lucu tentang papan kekunci komputer riba telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @soofeeyan di TikTok, kelihatan pemilik video sedang merakam keyboard komputer ribanya.

Namun, apa yang dikatakannya kemudian telah mengundang tawa netizen di mana dia memberi alasan kepada persoalan kenapa dia mengasihani papan kekuncitersebut.

Alasannya adalah kerana keyboard mempunyai dua ‘shift’ maka ia pasti kepenatan bekerja. Lelaki ini sememangnya penuh dengan humor dan lucu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat sebanyak 324.7K tontonan, 53.8K tanda suka serta 995 perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan alasan yang diberikan oleh lelaki itu. Ada juga yang berkongsi alasan mereka sendiri.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News