[VIDEO] “Mengarut Betul” – Tular Remaja Gaduh Tarik Rambut Member Sebab Abang Angkat

0
486

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan membimbangkan

Pelbagai aksi berani yang boleh dilihat daripada mereka yang tular di media sosial. Tindakan dan perangai segelintir remaja seolah-olah mencerminkan mereka tidak menerima pendidikan yang sewajarnya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan sekumpulan remaja bergaduh disebabkan cemburu curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Diyakini berpunca daripada isu cemburu terhadap ‘abang angkat’

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang remaja perempuan yang berbaju kuning bergaduh dengan rakannya yang berbaju hitam.

Apa yang lebih megejutkan adalah apabila remaja itu bertindak untuk menyeret dan menarik rambut rakannya itu. Tindakan remaja itu seolah-olah tidak mempunyai akhlak dan sifat belas kasihan. Manakala, rakannya yang lain berdiri di tepi sambil melihat pergaduhan itu.

Menurut sumber, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut. 

“Aku paling jahat dulu pun tukar nama buku member yang dah siap homework” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan mangsa. Malah, ramai yang menyakat pelaku dan mendoakan supaya pelaku menerima hukuman yang setimpal.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat sebanyak 2M tontonan, 35K retweets, 26K quote tweets, dan 49K likes di Twitter.

Berikut merupakan antara komen daripada netizen di Twitter: 

cilaker punya budak aku paling jahat dulu pun berebut nak beratur dekat abang lori milo je woi

— fatih (@fatiniqaaa) June 27, 2021

Aku paling jahat pon pernah tukar nama buku tulis member aku yang dah siap hw nya pastu hantar

— Cornzuan (@antipenceroboh) June 28, 2021

panas babi tengok video mcmni, nak je aku tumbuk budak baju kuning tu sampai mengeleset tepi tiang tu

— ᴄʜᴇɴɢ (@cheng_jiayung) June 27, 2021

Ni akak setuju. Apa la asyik2 tolak tudung tu. Selekeh weh. Pin sket. Nak belasah anak org, sendiri pun selekeh. Mengarut betul bdak2 15 tahun ni

— Adibah Yahya (@duchessdiba) June 28, 2021

ramai ramai dekat situ takde sorang pun nak suruh stop ke kesian ke apa? ni manusia ke binatang eh anak sial betul

— bunga (@iserenayr) June 27, 2021

MASALAHNYA DIA BOLEH BANGGA PUKUL ANAK ORANG NAMPAK TAK DIA SENYUM RASA NAK PIJAK WEH BUDAK NI RUMAH DIA AKU TAHU JE KAT MANA KANG AKU SURUH MAMAT YANG UMUR 23 YANG SANTAU ORANG TU SANTAU BUDAK NI

— (@levdyfiena) June 28, 2021

Baru 15 dah gaduh pasal jantan. Dapat apa dik? Aku time 15 takda masa nak fikir pasal jantan. Fikir sampai bila aku single? Sampai sekarang

— ziqman (@haziqaiman97_) June 28, 2021

plsss,15 gaduh sebab macam ni?!,while me 18 still tgh fikir nak makan apa,asyik lapar je

— ɹǝuǝʇǝǝʍS ɯɐp∀ (@adamvalentinee) June 27, 2021

tah, pt3 pon takde ada hati nak jadi gangster

— masyi (@umeeow) June 27, 2021

Budak kecik sibuk berebut jantan, while me sibuk scroll shopee cari seller chocojar paling sedap

— (@wanieibrahimm) June 28, 2021

Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: