HomeEntertainment Menantu Terharu, Ibu Mentua India Sanggup Masakkan Juadah Iftar Walaupun Tak...

[VIDEO] Menantu Terharu, Ibu Mentua India Sanggup Masakkan Juadah Iftar Walaupun Tak Puasa

Menerusi perkongsian video daripada @hajarangelique, kelihatan dia merakam kebaikan mak mentuanya yang berbangsa India sedang menyiapkan juadah berbuka puasanya di kampung.

Wanita itu yang sedang hamil menceritakan dia tiba-tiba mengidam nasi tomato yang dimasak oleh mak mentuanya. Walaupun masa dah suntuk, mak mentuanya tetap sanggup menyediakan juadah itu demi menantu tersayang untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

“Last minute request nak nasi tomato. Mother in-law rush masak and pack untuk bawak balik KL buka puasa. Walaupun saya dan parents in law berbeza agama dan bangsa, we still respect each other. Thank you mommy siapkan hidangan berbuka even though mommy tak puasa,” katanya.

Must Read

Related News