Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Atlet gimnastik artistik wanita negara, Farah Ann Abdul Hadi telah mengakhiri penampilan sulungnya di Olimpik dengan linangan air mata
Gimnas yang berusia 27 tahun itu kelihatan sangat kecewa selepas meninggalkan Pusat Gimnastik Ariake pada Ahad selepas menamatkan saingan pada kedudukan ke-68 dalam kelayakan all-around individu sekali gus menamatkan perjuangannya di Jepun.
Baru-baru ini tular satu video di Twitter memaparkan sebuah rakaman temu bualnya apabila ditanyakan soalan tentang persembahannya itu yang telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tangisan heroin kita! Apa pun keputusan, semua rakyat Malaysia tetap support Farah @farahannhadi @ASTROARENA #SokongMalaysia #GanbatteMalaysia #olympictokyo2020 pic.twitter.com/GTzVzS7MGC
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) July 25, 2021
Menangis kecewa tak dapat sumbang pingat untuk Malaysia
Menerusi video tersebut, kelihatan Farah Ann baru sedang ditemu bual oleh salah satu stesyen televisyen sukan di Malaysia untuk mengetahui apa pandangannya tentang persembahan yang telah diberikan.
Namun, tidak lama selepas temu bual itu, Farah dilihat tidak dapat menahan sebak kerana merasa sedikit kecewa dengan persembahannya. Perkara itu membuatkan dia menangis dan menjelaskan dia telah cuba melakukan yang terbaik.
Malah, dia tetap bersyukur kerana mampu bertanding di kejohanan berprestij ini setanding bersama atlet gimnastik terkenal yang lain seperti Simon Biles dan Oksana Chusovitina.
Image via @SykrhZlkfly (Twitter)
Image via @SykrhZlkfly (Twitter)
“It’s okay Farah, dah jadi Olympian pun satu pencapaian yang membanggakan” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tetap memuji persembahan Farah dan memberikan kata-kata positif buat dirinya kerana mampu melayakkan diri ke sukan Olimpik itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 543.4K views, 12.5K retweets dan 23.5K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
We do not have an established gymnastic portfolio compared to many other countries.. to be qualified to the olympic alone is a HUGE accomplishment and she did very well.. Farah should be proud of herself!! BRAVO!!
— Fuji Sanada (@22Sanada) July 25, 2021
Issokayy farah…. Dh jadi olympian pun satu pencapaian yg membanggakan. Yg prlu menangis ialah sbb ada menteri yg tk kena covid lg
— nadina (@aynamohammad) July 25, 2021
You’ve done your very best, the country not funding the gymnastic program like how football being funded and you qualified for Olympics is definitely something to be proud of. Well done, chin up.
— Eddie LFC 19X (@lfc_eddie) July 25, 2021
Being an olympian is already an achievement. Good job Queen
— applejack (@mairayusri) July 25, 2021
You were strong and courageous and kept smiling through everything, and that’s something all Malaysians can learn to also do back home every day. Thanks for making Malaysia proud!
— Fergus Ong (@Thefergusong) July 26, 2021
it’s okayy, I’m proud of youuu
— Hana (@Hanaaaahum) July 25, 2021
You did so well girl! We already proud of you! Tak mudah nak bawa nama negara ke luar tapi this is more than enough! Good job Farah, we love you
— Jin Hit (@littleesparklee) July 25, 2021
It’s okay Farah! We know you did your best! To qualify for Olympic and represent Malaysia at the world stage is an amazing achievement. You made us proud.
— Namyr (@amnahyazid) July 25, 2021
Kami tetap bangga dengan anda. Terima kasih dah bawa nama Malaysia dalam sukan ini 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


