HomeEntertainment "Macam Anak Dengan Ayah" - Gadis Mirip Muka Jho Low Ini...

[VIDEO] “Macam Anak Dengan Ayah” – Gadis Mirip Muka Jho Low Ini Buat Ramai Tercengang

Cover image via
@eiqamaleq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan sepenuhnya sama, cuma sekali pandang itu memang kelihatan hampir serupa. Kadangkala, rakan kita juga akan samakan wajah kita dengan orang lain.

Sama seperti yang berlaku dengan gadis ini apabila mukanya mirip Jho Low telah mengejutkan ramai orang. Videonya yang dimuat naik di TikTok kini viral dan ditonton ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eiqamaleq

Reply to @richardqee haa sudahhh

Easy On Me – Adele

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya untuk membalas sebuah komen yang menyatakan “Astaghfirullahaazim, terkjut i, ingatkan Jho Low pakai tudung!”

Mukanya persis dan sangat mirip muka Jho Low. Lebih melucukan lagi, apabila dia tersenyum menunjukkan gigi yang serupa dengan gambar Jho Low.

Untuk pengetahuan anda, Jho Low merupakan usahawan yang namanya sering terpampang di kaca TV. Dia juga dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sebanyak 102K tontonan, 10K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kemiripan wajah gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News