[VIDEO] Lelaki Ini Nak Bagi Anak Kambing Makan, Sekali Lain Pula Yang Digigitnya. Lawak!

0
265

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kambingyanganeh, kelihatan dia sedang memberi makan kepada anak-anak kambing ternakannya.

Namun, apabila datang seekor anak kambing yang bernama Gee, ia membuatkan si tuan naik angin kerana sengaja mencari pasal.

Anak kambing itu tidak mahu menggigit roti, sebaliknya ia menggigit jari tuannya walaupun sudah dihulur beberapa kali. Malah, si tuan sempat menampar Gee. Namun, ia tetap ingin menggigit jari tuannya.