HomeEntertainment Lelaki Ini Dakwa Peniaga Bazar Selamba Tukar Naikkan Harga Sebab Kedai...

[VIDEO] Lelaki Ini Dakwa Peniaga Bazar Selamba Tukar Naikkan Harga Sebab Kedai Tengah Laku

Cover image via
@wansafiqboh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman anda boleh dapatkan di sini, sampai kadangkala rambang mata dibuatnya.

Namun, ada sesetengah kedai yang memerlukan anda untuk beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Iyalah, orang kata kalau kedai yang beratur panjang ini selalu sedap.

Tetapi, lain pula yang terjadi apabila tular sebuah video seorang peniaga secara tiba-tiba menukar harga makanan kerana kedainya ‘laku’ telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wansafiqboh

Beratur panjang auto naik harga live mat

original sound – Wansa

Menerusi video tersebut, seorang pelanggan berkongsi aksi seorang peniaga bazar yang selamba menukar harga makanannya.

Difahamkan, pada awalnya harga roti john itu dilihat lain. Namun, oleh kerana peniaga melihat kedainya laku dan beratur panjang, dia didakwa terus menukar harga roti john itu.

Malah, dia tanpa segan menukarnya di depan pelanggannya sendiri secara ‘live’.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati video itu ternyata mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 266.7K views, 6,144 likes dan 1,022 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News