HomeEntertainment Lelaki Cuba Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Di TikTok, Sekali Lain...

[VIDEO] Lelaki Cuba Tips Tidurkan Anak Dengan Mudah Di TikTok, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila anak kita semakin membesar terutamanya sudah berusia setahun ke atas, mereka lebih memilih untuk bermain dan tidak mahu tidur

Memang susah untuk menjaga waktu tidur mereka pada waktu ini kerana mereka semakin aktif dan lasak.

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai sebuah video memaparkan seorang wanita menidurkan anaknya dengan sangat mudah. Ramai yang cuba tips itu untuk menidurkan anak mereka.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini, tetapi lain pula yang terjadi apabila dia mencuba tips itu kepada anaknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak cuba tidurkan anak, sekali ayah yang kena cepuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jemahramleerr, kelihatan lelaki itu baru saja melihat video di telefonnya tentang cara untuk tidurkan anak dengan mudah.

Dia pun ingin mencuba tips itu dan mengambil anaknya yang sedang bermain. Kemudian, dia melakukan cara tersebut berulang kali di muka anaknya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila si anak langsung tidak kelihatan mengantuk dan ingin melelapkan matanya. Malah, dia pantas menampar muka si ayah.

Reaksi spontannya itu membuatkan ibunya yang sedang merakam terus tergelak kerana tak sangka tips itu tidak berjaya.

Image via @jemahramleerr (TikTok)

“Hahaha comel, tapi teknik tu sesuai untuk budak yang memang tengah mengantuk tapi lawan mata. Kalau tengah sedar macam tu, memang fikir nak bermain jelah” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 445.8K views, 33.8K likes dan 1.5K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka anak beranak dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @jemahramleerr (TikTok)

Image via @jemahramleerr (TikTok)

Image via @jemahramleerr (TikTok)

Image via @jemahramleerr (TikTok)

Image via @jemahramleerr (TikTok)

Itulah ayah, siapa suruh kacau time baby tengah aktif, kan dah kena tampar free 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News