HomeEntertainment "King Buat Hal Lagi" - Aksi Pemandu Myvi Elak Trafik Sesak...

[VIDEO] “King Buat Hal Lagi” – Aksi Pemandu Myvi Elak Trafik Sesak Ini Buat Ramai Terpegun

Cover image via
@aiahslhdin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dikenali sebagai ‘King of the Road’ disebabkan aksi-aksi pemandu kenderaan tersebut yang selalu ‘buat hal’ di jalan raya.

Tular satu video baru-baru ini di TikTok memaparkan sebuah Myvi melepasi pembahagi jalan untuk mengelak traffic jam telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aiahslhdin di TikTok, kelihatan lalu lintas sesak di bahagian kiri.

Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila Myvi berwarna biru tiba-tiba memandu naik ke pembahagi jalan lalu memasuki jalan di bahagian kanan yang kurang sesak.

Walaupun pada awal video itu telah ada satu kereta yang membuat perkara yang sama, Myvi tetap mendapat perhatian lebih.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan aksi Myvi tersebut. Malah, ramai juga yang mengakui kenderaan tersebut sememangnya ‘King’.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 515.9K views, 25.5K likes dan 470 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News