Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, kita boleh lihat mereka ini kini sudah mula meminta sedekah di tengah-tengah jalan raya. Bukan itu saja, kali ini mereka menggunakan budak-budak untuk meminta derma yang kebanyakannya bukanlah oranglah Malaysia sendiri.
Tular baru-baru ini sebuah video di Twitter memaparkan aksi ‘gangster’ seorang budak ketika meminta derma semasa lampu isyarat merah telah mengundang kemarahan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang budak lelaki sedang meminta derma dari kereta ke kereta ketika lampu isyarat sedang merah.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah salah seorang daripadanya dilihat mengetuk tingkap dengan agak kuat pada kereta perakam untuk meminta derma. Lebih menarik perhatian lagi, dia dilihat seperti sedang marah kerana dirinya sedang dirakam dan seperti sedang berkata sesuatu.
Warga netizen percaya mereka ini berasal daripada Rohingya yang menetap di sini. Kejadian itu turut di kongsi oleh seorang warga lelaki di TikTok dengan memaparkan budak yang sama meminta derma padanya dengan mengetuk tingkap.
Lihat video lain itu di bawah:
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati situasi itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 30.4K views, 523 retweets dan 417 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:


