HomeEntertainment Kecoh Kena Simbah Air Dekat Kenduri Kahwin, Rupa-Rupanya Ini Adat Orang...

[VIDEO] Kecoh Kena Simbah Air Dekat Kenduri Kahwin, Rupa-Rupanya Ini Adat Orang Melaka

Cover image via
@fizakecik92 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terutamanya di majlis perkahwinan, setiap negeri pasti akan mengadakan aktiviti wajib mereka untuk meraikan pengantin.

Seperti contoh, ada pengantin yang akan ‘dibuli’ untuk membasuh periuk belanga selepas selesai kenduri kahwin sebagai tanda membalas budi ahli keluarga yang bertungkus-lumus menjayakan majlis mereka.

Namun, lain pula yang terjadi di dalam video ini yang memaparkan beberapa orang disimbah air sehingga lencun satu badan semasa sedang duduk di bawah khemah kenduri mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fizakecik92, kelihatan beberapa orang sedang duduk di bawah khemah kenduri kahwin itu.

Tetapi, tiba-tiba muncul seorang budak lelaki menyimbah sebaldi air ke atas seorang wanita. Perkara itu membuatkan mereka tergelak kerana ia rupa-rupanya adat setiap kali kenduri kahwin akan ada insan yang terpilih untuk membasuh pinggan kotor.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 926.5K views, 36K likes dan 938 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat adat orang Melaka itu. Sememangnya, itu adalah cara mereka mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dan tetamu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News