HomeEntertainment Jalan Bukan Main Ayu, Pelajar Sekolah Ini Lupa Kain Sekolah Tak...

[VIDEO] Jalan Bukan Main Ayu, Pelajar Sekolah Ini Lupa Kain Sekolah Tak Buka Jahitan Lagi

Cover image via
@awbytoo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tentu bermacam ragam dan perangai kita dapat lihat berlaku di media sosial yang dikongsikan bukan. Tambahan lagi buat murid darjah 1. Malah, pelajar tingkatan juga tidak kurang ragamnya. Iyalah selepas hampir 2 tahun tidak belajar bersemuka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pelajar perempuan dirakam oleh ahli keluarganya ketika sedang berjalan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis dirakam oleh ahli keluarganya sebaik saja dia pulang daripada sekolah.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara jalannya dilihat begitu berbeza. Rupa-rupanya difahamkan, belahan jahitan kain sekolahnya itu tidak dibuka lagi membuatkan dia terpaksa berjalan berkepit.

Situasi itu membuatkan ahli keluarganya tergelak melihat cara berjalannya yang kelakar itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama mereka berdepan situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 135.7K likes dan 1,484 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News