[VIDEO] Jadi Hantu Untuk Cari Rezeki, Peminta Sedekah Ini Curi Perhatian Netizen

0
276
Cover image via
@frezani10 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi yang tidak tahu, Pennywise merupakan salah satu hantu yang terkenal dalam kalangan filem seram barat.

Baru-baru ini, tular video mengenai seorang peminta sedekah yang menyamar sebagai hantu dan memakai kostum Pennywise telah mencuri tumpuan netizen.

Lihat video tersebut di bawah:

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @frezani10, pada mulanya peminta sedekah itu kelihatan seperti patung.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila patung itu tiba-tiba dilihat bergerak sambil mendekati orang di sekelilingnya.

Peminta sedekah tersebut kemudian mengeluarkan bekas duit untuk meminta sedekah kepada kereta-kereta yang lalu di situ.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 865.4K tontonan, 71.8K tanda suka dan 1214 komen, rata-rata netizen terhibur dan memberi reaksi masing-masing selepas melihatnya.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: