@ejsafari (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia adalah satu petanda yang baik dengan membina rumah tangga bersama. Pasti bakal pengantin telah membuat persiapan awal untuk majlis mereka.
Tambahan lagi untuk baju, tema majlis dan sebagainya. Semuanya mahu nampak sempurna dan cantik di mata mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila pasangan pengantin menggunakan beberapa elemen daripada filem Star Wars dalam majlis mereka telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak untuk menuju ke pelamin mereka.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lagu perarakan mereka itu menggunakan lagu Star Wars membuatkan ia lain daripada yang lain.
Malah, mereka juga menggunakan tidak menggunakan kek untuk memotong kek, sebaliknya menggunakan lightsaber yang sama digunakan seperti filem berkenaan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan memuji kreativiti pasangan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109.5K views, 10.6K likes dan 384 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: