Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kini tiba giliran pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pula menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam
Menurut sumber, PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.
“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.
“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.
“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik