HomeUncategorized Gelagat Budak Lelaki Ini Mengira Sampai Marah 'Otak' Bikin Ramai Terhibur

[VIDEO] Gelagat Budak Lelaki Ini Mengira Sampai Marah ‘Otak’ Bikin Ramai Terhibur

Jika diimbas kembali pada zaman persekolahan dulu pasti ada subjek yang kita gemar dan benci bukan?

Antara subjek yang memerlukan anda untuk memerah otak dan berusaha lebih keras adalah subjek Matematik.

Tidak dinafikan, subjek ini memerlukan anda untuk menghafal pelbagai formula dan nombor. Justeru, membuatkan ramai yang tidak menyukainya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana memarahi otaknya yang tidak dapat menghafal pengiraan Matematik.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sampai cubit dahi sebab kecewa tak ingat urutan nombor

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki berada di dalam kelas bersama gurunya yang menguji untuk mengira nombor.

Dia kemudiannya mengira nombor satu hingga sepuluh menggunakan jari. Oleh kerana tidak dapat menjawab dengan baik, dia merasa sedih kerana gagal untuk ingat urutan nombor selepas sepuluh.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah kanak-kanak itu dilihat memegang kepala dan memarahi otaknya kerana tidak dapat mengingat urutan nombor tersebut. Dia siap mencubit dahinya supaya otaknya dapat berfungsi dengan baik.

Image via @IsskndarAriffin (Twitter)

“Lucu tapi pada masa yang sama kasihan juga” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa simpati dan terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

Malah, ada juga yang boleh relate keadaan mereka semasa cuba untuk ingat sesuatu perkara penting.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 295.9K views, 14.8K retweets dan 12.5K likes.

Kesian dia gigih nak ingat urutan nombor tu. Yang penting ada usaha, bagus dik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News