HomeEntertainment "F*ck Off" - Tak Mahu Pakai Face Mask, Mat Salleh Maki...

[VIDEO] “F*ck Off” – Tak Mahu Pakai Face Mask, Mat Salleh Maki Pengawal Ini Diburu Polis

Cover image via
@Nandopaws (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Terutama sekali jika berada di luar kerana kita berdepan dengan ramai orang dan risikonya sangatlah tinggi. Disebabkan itu, ia telah menjadi seperti benda wajib dan perlu sentiasa ada bersama kita.

Tetapi, setiap peraturan itu berbeza jika di negara-negara lain. Ada negara yang membenarkan rakyat mereka untuk tidak wajib memakai pelitup muka.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mat salleh memaki pengawal keselamatan kerana enggan memakai pelitup muka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga asing memarahi pengawal keselamatan selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah pasar raya. Lelaki tersebut turut memarahi pengawal keselamatan yang bertugas kerana diminta untuk memakai pelitup muka disebabkan ia adalah wajib.

Malah, dia juga siap memberi kata-kata kesat dan menujukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan berkenaan. Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Dalam satu lagi hantaran di Twitter, netizen ada berkongsi yang lelaki itu memohon maaf atas tindakannya.

Lihat posting itu di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka terhadap lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 380.8K views, 3,951 retweets dan 4,451 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di twitter:

You may be interested in:

Must Read

Related News