Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang mengeluarkan kata-kata lucu, ada yang akan terkejut dan macam-macam lagi ragam manusia apabila melatah ini. Iyalah, terima kejutan pada masa yang tidak dijangka, confirm akan melatah bukan?
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang nenekmelatah setelah diusik telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang mengadakan majlis perkahwinan di sebuah dewan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pemuda sengaja mengusik nenek yang berada di majlis itu. Nenek itu dilihat melatah terus sambung menari dengan pemuda itu dengan lagu Bollywood yang diiringi.
Selepas beberapa minit kemudian, nenek itu dilihat tersedar lalu terus memukul pemuda berkenaan kerana cuba mengusiknya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 508K tontonan, 56K tanda suka dan 533 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


