HomeUncategorized "Cucuk Orang Tak Takut" - Nurse Ini Tarik Nafas Panjang Bila...

[VIDEO] “Cucuk Orang Tak Takut” – Nurse Ini Tarik Nafas Panjang Bila Nak Kena Injection

Apabila kena injection pasti kita akan merasa sikit ketakutan dalam hati bukan?

Namun, ada juga yang tidak takut dengan suntikan ini. Mereka kelihatan tenang dan tidak cepat merasa takut seperti sesetengah orang.

Bukan hanya kanak-kanak yang akan merasa takut bila tiba turn nak kena injection, tetapi orang dewasa pun ramai yang mengalami situasi sama.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang nurse perlu menerima suntikan sehingga membuatkan dia merasa gementar.

Lihat video penuh itu di bawah:

@misi_fiera

bila cucuk org kami tak tkt..slalu pesan rilex..tarik nfs dlm2..kna kat diri sndri mmg penakot sbnrnya tgk jarumtp aku geram je yg tukang gelak tu

original sound – FiERaPeNang

Selalu pesan dekat orang supaya tenang bila kena injection, tapi bila tiba turn sendiri rasa cuak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang nurse perempuan semasa itu perlu menerima satu suntikan. 

Apa yang lebih melucukan, nurse itu dilihat seperti sedikit ketakutan dan siap memandang ke arah lain semasa ingin dicucuk sambil diusik oleh rakan-rakannya.

Malah dalam part 2 video tersebut turut memperlihatkan rakan kepada nurse itu menerima suntikan berkenaan.

Dia secara tidak sengaja telah menepuk tangan anggota perubatan yang mengambil suntikan itu. Lelaki itu turut meminta gadis berkenaan untuk bertenang dan membaca Bismillah berulang kali.

Lihat video penuh part 2 itu di bawah:

@misi_fiera

part 2bila cik misi takut jarum

original sound – FiERaPeNang

“Sampai silang kaki tu sebab nak tahan sakit” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa terhibur melihat video tersebut.

Ada juga yang tidak menyangka bahawa rupa-rupanya petugas perubatan yang selama ini pandai menenangkan orang ramai untuk mengambil suntikan juga takut kepada jarum.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3601 likes, 279 comments dan 35 shares di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Image via @misi_fiera (TikTok)

Aduhai, lawaklah pula tengok bila nurse sendiri yang takut jarum 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News