@nazimaronxxzazabella (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jadi, untuk mengelakkan kelakuan ini, cikgu akan memberi denda kepada mereka seperti mencuci tandas atau berlari pusing padang. Hal ini supaya perkara ini tidak akan berulang kembali.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang pelajar datang lewat lalu dipanggil bergambar dengan polis bagi program sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @nazimaronxxzazabella, kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa Cina yang datang lewat. Pada ketika itu pula, sedang berlangsungnya Program Hari Pertama Sekolah Bersama Ketua Polis Perak.
Pelajar itu dilihat cuba untuk melarikan diri. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia telah dipanggil oleh cikgu-cikgu di situ untuk bergambar bersama Ketua Polis tersebut.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 186.9K tanda suka dan 1.5K komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi apabila melihat situasi pelajar datang lewat ke sekolah itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: