Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita tahu, Google merupakan medium popular untuk mencari pelbagai maklumat
Jadi tidak hairanlah mengapa Google menjadi satu kepentingan dalam hidup kita kerana ia sangat memudahkan.
Bukan setakat mencari maklumat saja, tetapi anda juga boleh meminta encik Google ini untuk mencari lagu kegemaran anda.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang budak perempuan cuba menyanyi di Google untuk mencari lagunya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lelaki memahami girl Google memahami girl pic.twitter.com/b33WY6KYar
— (@Cleanlinesskeny) June 5, 2021
Cuba menyanyi di Google sebab nak cari tajuk lagu betul atau tidak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan sedang bermain bersama telefon pintar di depan sebuah televisyen.
Dia kemudian diminta untuk menyanyi lagu kegemarannya iaitu Let it go daripada animasi kartun popular Frozen menerusi Google untuk melihat sama ada Google mampu atau tidak mencari lagu yang dicarinya.
Apa yang lebih melucukan adalah cara nyanyian budak berkenaan yang menyanyi dengan lirik lagu yang agak berterabur membuatkan ramai terhibur.
Malah setelah selesai saja menyanyi, Google akhirnya menjumpai tajuk lagu yang dicarinya itu. Situasi itu membuatkan ramai terkejut kerana Google mampu memahami nyanyian budak itu.
Image via @Cleanlinesskeny (Twitter)
Image via @Cleanlinesskeny (Twitter)
“Macam loghat orang nismilan bunyi eh” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak tersebut.
Malah, ramai yang tidak percaya Google mampu memahami nyanyiannya itu. Ada juga yang menyuruhnya untuk cuba menyanyi melalui Siri daripada perisian Apple pula.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 316.4K views, 22.7K retweets dan 22.7K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
demi tuhan langsung tak boleh brain macam mana google boleh tangkap tu lagu frozen hahaahhaahahahahahah
— suraya (@999suraya) June 5, 2021
Di cuba uji pada SIRI pula, dia faham atau tidak
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) June 6, 2021
Mcm loghat orang nismilan bunyi eh
— Bella (@mommynebula) June 6, 2021
HAHAHAHAHAHAHA DIA NYANYI APA TU SIA
— #SAVEPALESTINE (@jemybanban) June 6, 2021
Gigihyee aku teka lagu apa dia nyanyii sekali keluar let it go
— scha (@NrSyaaafqh) June 5, 2021
Perhaps, Google literally Go girl !!
— (@acapppzzz) June 6, 2021
wey ingat dia nyanyi lagu korea mula mula tu hahahhahaha
— fiq (@thegamer2x) June 5, 2021
Tp tang mana ada bunyi let it go tu. Aaaa penin….
— me (@fazsham) June 5, 2021
Aku ingat lagu anime penat teka sekali keluar lagu frozen AHAHHAHAHAHA
— easley (@fadhlynayda) June 6, 2021
Budak ni lagi better dari aku, sebab biasa aku humming je sepatah haram tak keluar..
— Syima Lee (@Syima_lee2504) June 6, 2021
Ingat lagu jepun dia nyanyi
— fa (@_mizuki87) June 6, 2021
Hebat encik Google boleh faham apa yang dia menyanyi 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


