Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mengisi masa lapang bersama suami isteri dapat mengeratkan rasa kasih sayang
Apabila tiba sahaja waktu hujung minggu atau cuti panjang, pasti kita akan melihat kemanisan pasangan yang sudah berkahwin mengisi masa berdua-duaan pergi bercuti atau ke tempat rekreasi.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan satu permainan yang menarik iaitu si suami berlumba sambil menggendong isteri telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh di bawah:
@tau_kampong Lomba Gendong Istri, ehh lupa Istri yang mana.. #familygetering2022 #mapparehedgpauling #malino <a target="_blank" title=" No comment slowed version – Mas Levi
Terlalu terburu-buru sampai tergendong isteri orang lain
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @tau_kampong di TikTok, dilihat gelagat sekumpulan suami tersalah angkat orang yang bukan isterinya dalam satu pertandingan.
Lebih menjadi perhatian, suasana bertambah riuh apabila segelintir daripada suami yang terlibat dalam pertandingan tersebut mula menyedari isteri mereka diangkat oleh orang lain.
Ruangan komen juga dipenuhi dengan netizen yang geram melihat gelagat para suami lupa diri berkenaan.
Image via @tau_kampong (TikTok)
Image via @tau_kampong (TikTok)
Image via @tau_kampong (TikTok)
“Sampai rumah ini bakal tercetus perang dunia ke-3” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dan geram melihat gelagat sekumpulan suami yang terlibat dengan permainan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 20.9M tontonan, 755.1K tanda suka dan 49K komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @tau_kampong (TikTok)
Image via @tau_kampong (TikTok)
Image via @tau_kampong (TikTok)
Boleh pula tersilap, memang cari nahas kau ni bang :’)
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik