HomeEntertainment "Bila Doktor Tinggi Sangat" - Ramai Terhibur Tengok Content Klinik Gigi...

[VIDEO] “Bila Doktor Tinggi Sangat” – Ramai Terhibur Tengok Content Klinik Gigi Ini

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform TikTok kini menjadi medium utama bagi pengguna media sosial untuk menghasilkan pelbagai content hiburan

Bukan saja konten nyanyian dan tarian, malah ramai yang kreatif mencipta konten original bagi sesebuah produk atau syarikat masing-masing.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, sebuah klinik pergigian membuat konten point of view (POV) apabila berurusan dengan doktor yang terlalu tinggi telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Struggle bila jumpa doktor tinggi sangat, lakonan staf pula bikin ramai terhibur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @klinikpergigianpearl, kelihatan dua orang staf klinik pergigian itu sedang berada di dalam bilik rawatan untuk membuat pemeriksaan gigi.

Salah seorang daripada mereka melakonkan watak sebagai pesakit. Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka berurusan dengan seorang doktor yang tinggi.

Lebih melucukan lagi, mereka siap adjust ketinggian dental chair pesakit supaya sama tinggi dengan doktor itu. Malah, mereka meletakkan lagu tema dalam cerita Titanic.

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

“Member dah terkapai-kapai haha gayat patient tu ” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 116.6K likes dan 1.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan content kreatif klini tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @klinikpergigianpearl

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Image via @klinikpergigianpearl (TikTok)

Pandai betul berlakon eh masing-masing, lawaklah! 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News