HomeEntertainment Berebut Nak Duduk Seat Depan, Gelagat Dua Lelaki Ini Buat Ramai...

[VIDEO] Berebut Nak Duduk Seat Depan, Gelagat Dua Lelaki Ini Buat Ramai Boleh Relate

Cover image via
@aimnhaiqall (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, sesiapa yang duduk di seat hadapan pasti dapat merasa udara sejuk aircond dan juga tak perlu bersempit-sempit seperti di belakang.

Hal ini memang boleh buat gaduh dengan kawan atau adik beradik sebab berebut nak duduk di seat hadapan.

Sama seperti video di TikTok ini berkenaan gelagat dua orang lelaki yang berebut nak duduk di seat hadapan telah mencuri tumpuan warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aimnhaiqall

special sangat ke duduk depan ni

original sound – hatake

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aimnhaiqall, kelihatan dua orang lelaki sedang berebut untuk duduk di seat hadapan di dalam sebuah kereta.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila mereka siap bergelut di dalam kereta kerana masing-masing tidak mahu mengalah.

Pada akhir video tersebut, kedua-dua lelaki itu dilihat duduk di seat hadapan bersama-sama dalam keadaan yang sangat tidak selesa.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua orang lelaki itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 154.8K views, 19.7K likes dan 513 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News