HomeEntertainment Berani Alihkan Tangga Di Tengah MEX Highway, Tindakan Pemuda Ini Dipuji...

[VIDEO] Berani Alihkan Tangga Di Tengah MEX Highway, Tindakan Pemuda Ini Dipuji Ramai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar tentang kes kemalangan di jalan raya

Kebanyakan kemalangan yang berlaku boleh berpunca disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri. Malah, ia juga boleh berpunca disebabkan kecuaian daripada pemandu yang lain.

Kita sebagai pengguna jalan raya harus cakna dengan persekitaran dan memandu dengan lebih berhati-hati.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang pemuda berani mencuba untuk menahan kenderaan yang sedang laju disebabkan ingin mengalihkan tangga yang jatuh di tengah highway.

Lihat video penuh itu di bawah:

@encikhafidz06 Kita kutip Tangga dan paip yang terbang dari 4×4 depan mata… tunggu part 2 dashcam 10.26 am 19/10/2022 #fyp #dyp #viral #tangga #mexhighway #putrajaya #bukitjalil suara asli – FDJ NADA ATIKAH

Walaupun risau dengan keselamatan, tetapi dia tetap cuba beranikan diri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @encikhafidz06, kelihatan dia sedang menahan kenderaan untuk mengalihkan tangga dan paip. Kejadian ini berlaku di MEX highway yang menghala ke Putrajaya.

Difahamkan, tangga itu terjatuh dari sebuah kenderaan jenis 4×4 yang berada di hadapannya pada ketika itu. Sebenarnya dia juga nyaris terkena tangga tersebut.

Oleh itu, dek kerana bimbang akan keselamatan kenderaan yang lain, dia tetap mencuba untuk mengalihkan tangga tersebut.

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

“Tahniah! Memudahkan urusan orang ramai besar pahalanya. Terbaik! – Warganet

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji tindakan berani pemuda itu.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 973.8K views, 47.5K likes dan 1,743 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Image via @encikhafidz06 (TikTok)

Seram pula bila tangga tiba-tiba jatuh dari kereta. Nasib baik abang ni pun selamat. Apa-apa pun terima kasih ya 😀

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News