Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, apabila anak ditinggalkan di bawah jagaan bapa, pasti akan ada saja perkara yang merapu mereka akan buat betul tak?
Kadangkala, mereka menyakat si anak sampai menangis, Tetapi, tidak dinafikan sebenarnya anak-anak lebih rapat dan ceria bila bersama ayah mereka.
Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan gelagat seorang bayi pandai menjiwai watak ketika sedang ‘diruqyah’ oleh ayahnya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Duduk diam macam faham apa yang ayah buat, last sekali ketawa terhibur
Menerusi perkongsian video daripada @ummadafi, kelihatan lelaki itu sedang memegang kepala anaknya dari arah belakang persis seperti aksi ustaz meruqyah orang dirasuk.
Apa yang menghiburkan adalah apabila si ayah dilihat membacakan sesuatu sambil mulutnya terkumat-kamit.
Rupa-rupanya, dia sedang berlakon ‘ruqyah’ anaknya itu. Lebih melucukan lagi, anaknya pula seolah-olah menjiwai watak dan hanya kaku di situ.
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 316.2K views, 28.8K likes dan 660 shares di TikTok
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu terutamanya bayi yang pandai menjiwai wataknya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Image via @ummadafi (TikTok)
Geram ya tengok baby tu, elok je duduk diam. Pandai berlakon! 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik