HomeEntertainment "Apa Perasaan Korang" - Wanita Kongsi Rakaman CCTV Tunjuk Perangai Sebenar...

[VIDEO] “Apa Perasaan Korang” – Wanita Kongsi Rakaman CCTV Tunjuk Perangai Sebenar Penjaga

Cover image via @rosella_rosell (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mereka ini juga ibarat peneman dan penghibur hati kita dikala duka. Seronok sebenarnya mempunyai kucing peliharaan sendiri, macam-macam telatah kita boleh lihat.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita mendedahkan perangai sebenar penjaga kucingnya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rosella_rosell

Aku mmg xboleh terima manusia gini gaya… kau nk lepas geram bebal ke ape boleh x jgn dekat anak2 aku?!!! Pakkal aq balik kg lama jerr

original sound – Rosella_rosell

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan kucing-kucing miliknya dilayan kasar.

Difahamkan, dia mengupah seorang individu untuk menjaga kucing-kucingnya ketika dia tiada. Namun, dia terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan perbuatan sebenar penjaga itu.

Individu itu dilihat mencampakkan kucing-kucingnya ke dalam sangkar. Menurut wanita itu, individu itu sudah lama tinggal di kawasan perumahan berkenaan dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing mereka.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 134.3K likes dan 14.6K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News