HomeEntertainment Anak Jadi Mangsa, Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin kereta Isteri Ini Terima...

[VIDEO] Anak Jadi Mangsa, Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin kereta Isteri Ini Terima Kecaman

Cover image via
Amira Nabila (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ujian dalam perkahwinan sememangnya tidak boleh lari, hanya boleh sabar dan matang saja untuk melaluinya.

Baru-baru ini tular sebuah video di Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki terhadap isteri dan anaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan pada awalnya seorang wanita sedang berada di dalam kereta bersama dengan anak-anaknya.

Difahamkan, dia berjumpa dengan suaminya kerana lelaki itu ingin memberikan duit kepada anak-anaknya. Namun, secara tiba-tiba lelaki itu hilang sabar dan terus memecahkan cermin kereta milik wanita itu sehingga membuatkan anak-anaknya menangis.

Situasi itu jelas membahayakan anaknya kerana berada di bahagian depan dan sangat dekat dengan cermin tingkap terbabit. Mereka dipercayai dalam proses penceraian.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dan memberi pelbagai kecaman kepada lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 15K likes, 5.8K comments dan 29K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

You may be interested in:

Must Read

Related News