Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila ternampak saja ada roadblock di jalan raya, pasti kita ada sedikit rasa gementar bukan?
Walaupun sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa kesalahan jalan raya, tetapi tetap ada rasa gementar dan takut kepada polis dan JPJ.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila reaksi seorang budak lelaki telah menimbul dekah netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bile kau nampak “roadblock” kat depan… pic.twitter.com/MbnB4HLltd
— Orang Kampong (@wanwanwan_wan__) June 20, 2021
Abang sengaja tipu adik cakap ada roadblock polis
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang abang bersama adik lelakinya berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke sesuatu tempat.
Si adik dilihat pada masa itu berada di belakang tempat duduk ketika dia sedang memandu. Lalu si abang dengan muncul satu idea untuk menyakat adiknya itu.
Dia kemudian memberitahu adiknya bahawa terdapat roadblock polis di depan menyebabkan si adik pantas duduk di tempat duduk bahagian depan.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah adiknya itu sehingga menjerit ketakutan sambil meminta abangnya untuk tolong memakaikan tali pinggang di tempat duduknya itu. Si adik akhirnya ternampak video yang sedang dirakam oleh si abang dan memukulnya.
Image via @wanwanwan_wan__ (Twitter)
Image via @wanwanwan_wan__ (Twitter)
“Moment he realized he has been recorded” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi rasa sama apabila perasaan terjumpa roadblock polis.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 271.4K views, 15.3K retweets dan 17.1K likes di Twitter.
berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Selalu aku buat kalau bawa member aku perempuan keluar jalan lepas tu buat keras naik kereta aku bila suruh pakai seatbelt. Aku cakap ada rb terus gelupor panik tak rilek tarik seatbelt manjang sangkut padahal takde mende pun dkt depan. Berpeluh terus member KAHKAHKAHKAHKAHKAH
— error 404 (@amirshafyq) June 21, 2021
Moment he realized he has been recorded
— BULAN (@ciklah_) June 21, 2021
Prnh kne mcm ni waktu kecik2 dulu. Abah dgn ma selalu ckp ada roadblock dkt jln bila kiteorg bising kt blkg. Auto diam pura2 tido pun ad takut kena tangkap kononnya the best part is, kiteorg tak panggil roadblock. Kiteorg panggil goblok. Ya Allah, sampai skrg berslh
— N (@Jiachuan09) June 21, 2021
Jgn kata budak, mak budak pun gabra jugak. Time2 tula seat belt stuck. Last2 selup tgn konon2nya. Hahaha.. Mindset ni pandai control kita tau hahahaha
— Jie Q JQ (@JieQSTG) June 21, 2021
Hahaha takyah budak2….aku yg dah bapak org ni kadang fail. Yg pelik tu nak dekat roadblock dia sangkut. Time lain tak pulak
— rayzareth (@rayzareth) June 21, 2021
Hahahahahaha aku takda la sampai mcm tu gila aku paling kuat nk terkencing je
— paie (@farisggh1) June 21, 2021
Okay, sejibik anak buah aku wahai anak buahku, maafkan lah acumu kerana membuli mu dulu
— (@mokrocka) June 21, 2021
aku nampak org betul jalan pon aku auto gelabah sbb ingat polis haha
— OfficialEridAmaro (@erid_amaro) June 21, 2021
Memang semua abg akan buat macam ni kan?
— Kai ไก่ (@knthekhai) June 21, 2021
Comel je dia hentak kaki last tu.
— lees’ (@Ainlees) June 21, 2021
Aduhai, jahat betul abang dia sakat adik ya. Sampai menjerit tu 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


