HomeEntertainment"Untuk Lelaki Ke Perempuan" - Seakan Baju Melayu, Ramai Keliru Tengok Design...

“Untuk Lelaki Ke Perempuan” – Seakan Baju Melayu, Ramai Keliru Tengok Design Baju Raya Ini

Cover image via
@harimaumalaya_hm (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai yang sudah membeli barangan raya seperti membeli baju raya, kuih-muih dan sebagainya.

Iyalah, raya kali ini kita dibenarkan untuk pulang ke kampung selepas 2 tahun kita tidak dapat pulang beraya. Tentu ramai rindu suasana di kampung mereka.

Tetapi, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pengguna berkongsi design baju raya ‘pelik’ telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@harimaumalaya_hm Jap aku pun jem ni tolong jap geng baju laki ke perempuan ni #amediketu original sound – Harimau Malaya Official

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin membeli baju raya di sebuah kedai.

Dia kemudian ternampak design baju raya yang agak ‘pelik’ dan menunjukkan kepada si perakam. Kelihatan design baju raya itu seakan baju Melayu tetapi mempunyai kain di bawahnya.

Malah, bentuk dan cuttingnya juga tak ubah seperti bentuk baju Melayu lelaki yang sering dilihat.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberitahu bahawa itu adalah baju kurung cekak musang yang popular suatu ketika pada zaman dahulu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 256.3K views, 9,875 likes dan 259 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News