HomeEntertainment"Umi Mengandung Lagi" - Baru 3 Bulan, Tak Sangka Baby Ini Bakal...

“Umi Mengandung Lagi” – Baru 3 Bulan, Tak Sangka Baby Ini Bakal Dapat Adik Baru. Rezeki!

Cover image via
@asma_mekthai29 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya merancang untuk menimang berapa orang zuriat mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang memang inginkan jarak umur antara anak mereka antara dua hingga tiga tahun.

Namun, ada juga yang tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat lain dalam tempoh masa yang singkat.

Sama juga seperti sebuah video ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang mengandung lagi walaupun anak bongsu baru saja berusia tiga bulan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asma_mekthai29

korang tolong tgok sampai abis .jgn kecam saya tau##fyp ##viral2021viral

bunyi asal – Mimoi

Menerusi video yang dikongsi oleh @asma_mekthai29, kelihatan dia baru saja melahirkan anak bongsunya tiga bulan lepas.

Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia memberitahu rupa-rupanya hadir seorang lagi penghuni di dalam rahimnya sejak dua bulan lalu.

“Korang tolong tengok sampai habis, jangan kecam saya tau. Tahun depan masuk bilik bersalin lagilah jawabnya,” katanya.

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 431.5K views, 22.9K likes dan 679 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ada yang mengatakan seeloknya biarkan anak membesar dahulu baru merancang anak seterusnya. Ada juga yang memberikan kata-kata positif.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News