HomeEntertainmentTunjuk Bukti Dah Hantar Barang, Gelagat Abang Courier Berjoget Dalam CCTV Ini...

Tunjuk Bukti Dah Hantar Barang, Gelagat Abang Courier Berjoget Dalam CCTV Ini Menghiburkan

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya syarikat courier akan menghantar barang yang kita beli secara dalam talian

Zaman sekarang memang mudah kerana anda tidak perlu bersesak-sesak untuk keluar membeli. Pesan saja secara dalam talian dan mereka akan hantar di depan pintu rumah anda.

Namun, ada sesetengah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan khidmat courier ini kerana pekerjanya ada yang mencampakkan saja barang semasa pelanggan tiada di rumah.

Lain pula dengan video di Twitter ini apabila gelagat seorang abang courier berjoget dalam CCTV semasa mahu menghantar barang pelanggannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kes di Yong Peng katanya. Belum dapat info penuh. pic.twitter.com/Utg0jYeghe

— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) October 26, 2022

Sempat berjoget masa nak hantar barang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar barang di rumah pelanggannya.

Namun, dia tiba-tiba ternampak CCTV yang berada di luar dan terus mengangkat barang tersebut menandakan dia ingin menghantarnya.

Lebih melucukan lagi, dia juga siap berjoget pelbagai tarian yang sempat dirakam oleh CCTV itu.

Image via @jllmisai (Twitter)

“Selalu penerima yang happy bila parcel sampai. Ni dia hantar dia yang happy sakan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat abang courier itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 282.4K views, 6,498 retweets dan 10.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripda netizen di Twitter:

Yg penting muka serious

— qila (@aqilah4lim) October 26, 2022

Selalu penerima yg happy bila parcel sampai. Ni dia hantar dia yg happy sakan. Saya yakin dia pemuda yg positif, jaga solat dan penuh dengan kesantunan. Mungkin juga dia seorang yang lucu. #Speku

— (@N3N0r4L) October 26, 2022

Suka betul aku dgn gelagat org yg hadapi stress kerja dgn berlucu begini.

— Bok Jual Sambal Ikan Garing (@GeboksKitchen) October 26, 2022

Ni mesti dah last parcel kena hantar. Tu yang kemain lagi

— (@amingsaif_) October 26, 2022

kena plak dengan lagu nya HAHAHAH

— ??? ?????? ? (@fairyblissful) October 27, 2022

kalau aku tengok parcel aku melencong ke negeri lain pon tak apa lah asal kan orang yang tolong hantar kan ni pon happy macam ni HAHaHAHA .

— (@kamalkay12) October 26, 2022

Customer tunggu parcel Parcel tunggu customer

— ????????????? (@HakimiMuhaimin) October 26, 2022

Bang menang 1 juta ke happy sgt ni

— _mawarberduri (@_mawarrberdurii) October 27, 2022

Amboi, kemain sakan bang joget tak ingat dunia 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News