Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya sebenarnya selalu melihat iklan produk Nurraysa mengajak ramai menjadi pengedar. Tetapi ia berlalu begitu saja. Saya pun tak pernah didedahkan dengan jenama itu.
“Dipendekkan cerita, teman saya mengajak menjadi pengedar jenama itu. Produk pertama yang saya cuba ialah Glowing DD Moist Cake. Saya jatuh hati dengan foundation muka itu dan terus jadi pilihan.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling.
“Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya.
Nurraysa Global Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 diterajui Nur Aini Zolkepeli. Bermula dengan jualan sabun kolagen, kini jenama itu berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian.
Ia mengamalkan sistem dropship yang membantu golongan suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah secara percuma dan model bisnes menembusi pasaran bukan hanya di Malaysia tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.
Memasuki tahun baru 2022, founder Nurraysa komited dan berazam untuk bantu 400,000 orang untuk berjaya bebas dari bebanan kewangan melalui kempen ‘NAK BERJAYA 2022’.
Setakat ini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari utara ke selatan dengan tagline ‘Kosmetik Mesra Wuduk’.


