HomeEntertainment"Terus Hilang" - Pak Cik Buat Persembahan Silat Atas Pentas, Sekali Lain...

“Terus Hilang” – Pak Cik Buat Persembahan Silat Atas Pentas, Sekali Lain Pula Jadinya

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap majlis yang diadakan sudah pasti ada persembahan yang disediakan untuk hiburan para pengunjung

Persembahan yang dilakukan kebiasaannya ada yang menyanyi, membuat sketsa, menari berkumpulan dan banyak lagi. Memang seronok jika dapat menonton persembahan yang menarik. 

Namun, lain pula jadinya apabila seorang pak cik dilihat ingin membuat persembahan Silat tapi jatuh pula telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@tuanjebat_

dia kemam lagu aku kenot brain la dngr sora gelak org ni#fyppppppppppp #fypsounds #anakperantau #24jamchallenge #transport24jam

suara asli – NAMA KOK FIKI – FIK

Belum sempat membuat persembahan, terus hilang ke ‘alam’ lain

Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai orang sedang menyaksikan persembahan di sebuah majlis.

Kelihatan seorang pak cik sedang bersiap sedia di atas pentas untuk melakukan persembahan Silatnya. Namun, lain pula jadinya apabila dia dilihat tidak sempat melakukan persembahan kerana jatuh ke belakang pentas semasa membuka langkah pertama. 

Kejadian itu membuatkan ramai yang terhibur dan turut bersimpati. Lelaki yang sedang merakam video itu juga terus mengalihkan kameranya sebaik saja pak cik itu jatuh. 

Image via @tuanjebat_ (TikTok)

“Baru nak bukak langkah..terus hilang..memag tinggi ilmu pak cik ni..nak belajar ilmu ini kan calang-calang orang ni” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 90K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat pak cik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @tuanjebat_ (TikTok)

Image via @tuanjebat_ (TikTok)

Image via @tuanjebat_ (TikTok)

Image via @tuanjebat_ (TikTok)

Kesian pak cik tu tak jadi buat persembahan :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News