@shanienanatasyaaa (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Content di TikTok sememangnya mempunyai kuasa viral. Hal ini kerana aplikasi tersebut memiliki lebih daripada 1 billion pengguna.
Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang wanita yang sedang membuat video TikTok di dalam kereta telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shanienanatasyaaa di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang membuat video TikTok di dalam kereta.
Apa yang mencuit hati netizen adalah reaksi terkejut wanita itu apabila ternampak seorang lelaki sedang memerhati dekat tingkap kereta tersebut.
Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 662K tontonan, 70.8K tanda suka dan 863 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi wanita tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: