HomeEntertainment"Terbang Ke Syurga" - Belon Tersangkut Dekat Rambut, Ayah Sakat Anak Ini...

“Terbang Ke Syurga” – Belon Tersangkut Dekat Rambut, Ayah Sakat Anak Ini Undang Tawa

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil di rumah sudah pasti akan meriuhkan lagi suasana sedia ada

Iyalah, dengan gelagat mereka yang panjang akal, memang kadangkala boleh membuatkan ibu ayah naik pening melihatnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan menangis kerana sikat tersangkut dekat rambutnya itu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@babyaira212

original sound – Baby-Aira – Baby-Aira

Atas kepala budak perempuan itu siap ada belon, sikat dan cawan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menangis teresak-esak sambil mengadu kepada ayahnya.

Rupa-rupanya dia tidak sengaja menyikat rambut sehinggakan sikat itu terbelit dengan rambutnya. Dia cuba berusaha untuk keluarkan namun tidak berjaya kerana telah tersangkut dengan rambut, tali belon dan cawannya.

Perkara itu membuatkan dia panik lalu menangis kepada ayahnya. Tetapi apa yang lebih melucukan lagi adalah apabila ayahnya sengaja menyakat menambahkan kepanikannya. Ayahnya menakutkan anaknya akan terbang ke syurga.

Image via @babyaira212 (TikTok)

“Kalau sikat dengan belon tu boleh bincang lagi, yang cawan tu buat apa situ” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 400K tanda suka dan 18K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @babyaira212 (TikTok)

Image via @babyaira212 (TikTok)

Image via @babyaira212 (TikTok)

Aduhai dik, macam manalah boleh semuanya tersangkut. Berat kepala kau ni dik! 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News