HomeNEWSTepikan perbezaan politik, khidmat untuk rakyat, KM Sabah beritahu penjawat awam

Tepikan perbezaan politik, khidmat untuk rakyat, KM Sabah beritahu penjawat awam

Hajiji (kanan) semalam mengadakan mesyuarat pasca-Kabinet pertama beliau bersama ketua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menggesa semua penjawat awam agar memberi tumpuan kepada pelaksanaan agenda pembangunan kerajaan negeri dengan profesionalisme.

Hajiji berkata kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat mandat rakyat dan mahu semua penjawat awam mengetepikan perbezaan mereka untuk menyokong kerajaan hari ini dengan penuh profesionalisme.

“Kerajaan GRS mengambil alih dalam keadaan mencabar berikutan pandemik Covid-19. Banyak program dan aktiviti kerajaan terpaksa ditunda tetapi sebaik sahaja pandemik ini reda, kami akan pastikan semua rancangan pembangunan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Hajiji semalam mengadakan mesyuarat pasca-Kabinet pertama beliau bersama ketua jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau mengikuti perkembangan hal ehwal negeri selepas kembali bekerja setelah pulih daripada Covid-19 dengan mendengar taklimat dan perkembangan terkini daripada semua ketua jabatan dan GLC antara lain daripada Yayasan Sabah, Perbadanan Pinjaman Sabah, Sabah Energy dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.

Hajiji berkata keutamaannya kini adalah untuk memastikan semua jawatan penting dalam kerajaan dan agensi diisi dan diterajui bagi memastikan urusan dapat berjalan dengan lancar.

Pada peringkat akar umbi, kerajaan negeri melantik 44 pemimpin pembangunan masyarakat baru-baru ini dengan 29 lagi akan dilantik termasuk pegawai Pembangunan Masyarakat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.

Stay Connected

16,985FansLike
2,458FollowersFollow
61,453SubscribersSubscribe

Must Read

Related News