HomeEntertainment"Teknik Berguna" - Gadis Kongsi Cara Pilih Shade Tanpa Guna Tester Masa...

“Teknik Berguna” – Gadis Kongsi Cara Pilih Shade Tanpa Guna Tester Masa Beli Foundation

Cover image via
@sabrinanuar (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memang ada yang menjadikan make up sebagai hobi. Kadangkala tidak cukup beli satu sehinggakan ada yang membuat koleksi. Namun, sebenarnya susah untuk para wanita memilih warna yang sesuai dengan kulit jika tiada tester disediakan di kedai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berkongsi cara memilih shade foundation telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berkongsi cara memilih warna foundation tanpa menggunakan tester.

Dia dilihat membuka kamera Instagramnya, kemudian memuat naik satu gambar yang mempunyai range warna foundation yang ingin dibelinya. Gadis itu dilihat menyesuaikan setiap warna dalam gambar itu dengan mencoretkan warna ke atas mukanya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 271K tontonan, 33K tanda suka dan 145 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji idea yang bijak itu. Malah, ramai juga yang memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News